There are no translations available.

16 Mei 2012 - JUPEM Pahang telah sekali lagi (Tahun ke 2) dipersijilkan semula dengan Sistem Persekitaran Berkualiti (Amalan 5S) pada 15 Mei 2012. Pengauditan sebenar oleh Puan Hazwani Nadiah binti Ismail, pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 14 & 15 Mei 2012 telah dilaksanakan dengan amat baik dan lancar.
Dengan persijilan ini, Ibupejabat JUPEM Pahang, Pejabat Ukur Daerah Pahang Timur, Kuantan, Pejabat Ukur Daerah Pahang Selatan, Kuala Rompin dan Pejabat Ukur Daerah Pahang Tengah, Temerloh telah diiktiraf sebagai pengamal Sistem Persekitaran Berkualiti (Amalan 5S).
Pihak Pengurusan Jabatan mengucapkan TAHNIAH kepada semua warga Jabatan yang telah memberikan komitmen sepanjang pelaksanaan aktiviti-aktviiti 5S.
TAHNIAH!!!

























































